• Wartawan Nabalu News

Amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak


20 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan akan melanda Sabah dan Sarawak pada pagi ini.


Menurut laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) , cuaca buruk tersebut dijangka akan berterusan sehingga pukul 10 pagi ini.


“Di Sabah, cuaca buruk hanya tertumpu di kawasan Sandakan (Telupid dan Sandakan).


“Manakala di Sarawak, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).


Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.


“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.