Angin kencang, laut bergelora diramal melanda Sabah, beberapa negeri bermula 28 September
top of page
  • nabalunews

Angin kencang, laut bergelora diramal melanda Sabah, beberapa negeri bermula 28 September


26 Sept 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PETALING JAYA: Beberapa negeri bakal berdepan dengan angin kencang dan laut bergelora yang diramalkan bermula 28 September sehingga 1 Oktober ini.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur bakal berdepan angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sehingga 30 September 2022.


Manakala, angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula 28 September hingga 1 Oktober ini.


“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Selat Melaka Utara dari 28 September sehingga 1 Oktober 2022.


“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore • selatan Reef North • Labuan • Sulu sehingga 30 September 2022.


“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.


MetMalaysia seterusnya mengeluarkan amaran angin kencang barat daya berkelajuan 50 sehingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga 30 September 2022.


Kata MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


bottom of page