Anwar arah projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dipercepatkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar arah projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dipercepatkan


10 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah perlu dipercepatkan kerana ia lebih perlahan daripada di Sarawak.


Jelas Anwar, beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran projek tersebut.


Beliau juga mengarahkan Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan penyaluran peruntukan bagi projek LPB tersebut.


"Saya setuju Pan Borneo Sarawak hampir siap, tapi Sabah amat perlahan jadi tugas TPM II adalah untuk menyegerakannya.


"Kementerian Kewangan setuju untuk 'fast track' asalkan ada proses tender terutama untuk kawasan Sabah kerana Pan Borneo ini berpuluh tahun tertangguh... peruntukan ada," katanya.


Tambah beliau, kerajaan telah berjanji kepada rakyat Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan projek LPB yang akan memberi manfaat besar kepada mereka.


"Oleh kerana kita sudah janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak jadi tidak alasan kita lengahkan malah dalam Kembara Kenali Borneo ada dibangkitkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," ujarnya.


Selain itu, beliau juga mengingatkan agensi penguatkuasa untuk bertindak tegas membanteras rasuah dan ketirisan dalam projek LPB.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan - Semporna) yang bertanyakan langkah kerajaan untuk memastikan rancangan pembangunan projek LPB tidak terbantut kerana ketirisan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page