Anwar dan Menteri Pertahanan India bincang kerjasama pertahanan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar dan Menteri Pertahanan India bincang kerjasama pertahanan


10 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan India Rajnath Singh hari ini mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pertahanan dua hala antara kedua-dua negara.


Dalam pertemuan di Perdana Putra, mereka saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


Ini merupakan lawatan pertama Rajnath ke Malaysia sebagai Menteri Pertahanan India.


Anwar turut mengambil maklum memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kementerian Pertahanan Malaysia dan India untuk menilai semula kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.


"Kerjasama itu termasuk meneroka inisiatif baharu dalam bidang pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan," katanya.


Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.


Rajnath, yang memulakan lawatan kerja ke Malaysia semalam, sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Mohamad di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page