top of page
Farah Salim

Anwar gesa polis hentikan tekanan terhadap Rafizi



4 September 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menghentikan segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.


Beliau berkata, tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut merampas telefon bimbit milik Rafizi untuk tujuan siasatan terkait projek kapal tempur pesisir (LCS) juga agak keterlaluan.


“Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau (Rafizi) dalam menentang gejala rasuah di negara ini seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam Himpunan Turun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson brkata, polis juga harus berlaku adil dalam hal ini termasuk menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat baru-baru ini.


“Harus diingat amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan sebaliknya perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan dikenakan,” katanya.


Semalam, polis dilaporkan merampas telefon bimbit Rafizi ketika beliau memberi keterangan berhubung dakwaannya berkaitan projek LCS.

Comments


bottom of page