Anwar gesa universiti tempatan budayakan wacana terbuka dengan lebih aktif
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar gesa universiti tempatan budayakan wacana terbuka dengan lebih aktif

26 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, universiti-universiti tempatan mesti lebih aktif membudayakan wacana terbuka kerana ia selari dengan Malaysia yang rencam kaum dan agama.


Beliau berkata ia juga merupakan satu upaya untuk saling kenal dan berkasih sayang.


“Subjek ketamadunan Islam yang menjadi sebahagian dari kerangka silibus pendidikan negara mesti dikaji dan ditambahbaik,” katanya dalam ciapan Twitternya.


Anwar menciap demikian selepas mengahdiri majlis peluncuran buku ‘Knowledge, Tradition And Civilization: Essays in Honor of Professor Osman Bakar’ yang disunting oleh Khairudin Aljunied di ISTAC-IIUM, Taman Duta. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Mohamed Khaled Nordin.


Sehubungan itu, beliau berkata beliau turut singgung tindakan membakar kitab suci Al Quran baru-baru ini oleh seorang pemimpin garis kanan di Sweden.


Baru-baru ini, ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran pada demonstrasi dan telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Anwar mengecam tindakan Paludan dan menggesa tindakan diambil terhadap ahli politik itu untuk memeriksa kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di Sweden.


“Ia tidak lain hanya cubaan dangkal dan rendah pemikiran yang hanya merendahkan darjat serta maruah manusia.


“Malaysia sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang gejala kebencian termasuk pembakaran mana-mana kitab suci,” ujarnya.

bottom of page