top of page

Anwar: Jangan politikkan isu kalimah Allah

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 3, 2023
  • 1 min read

3 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.


Katanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menzahirkan peringatan tersebut


"Kita akan cuba perkemaskan isu kalimah Allah ini untuk kita bawa ke Majlis Raja-Raja dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda... raja-raja akan memperkemaskannya atas cadangan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam ceramah di Taman Tuanku Jaafar pada malam Selasa.


Anwar juga mengecam bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa masih menggunakan isu kalimah Allah untuk menarik sokongan rakyat.


"Apa Tan Sri Muhyiddin kata? Masih guna isu kalimah Allah, mereka ini soal lawan raja terus terang," katanya.


Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Muhyiddin menunjukkan sikap tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja dan larangan pihak berkuasa supaya tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen pilihan raya negeri.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page