top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar lantik lima pakar ekonomi, profesional anggotai badan penasihat

7 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima pakar ekonomi dan profesional untuk menganggotai badan penasihat khas yang akan membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.


Beliau berkata, badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican.


Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh, Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.


“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” kata Anwar dalam kenyataan, di sini, malam ini.

تعليقات


bottom of page