Anwar ucap selamat hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat Hindu
Wartawan Nabalu News

5 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Perayaan pelbagai budaya di Malaysia seperti Thaipusam yang diadakan hari ini merupakan hujah ampuh untuk rakyat Malaysia membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengucapkan selamat hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat Hindu di negara, juga menyeru semua rakyat untuk terus mengukuhkan perpaduan di antara semua bangsa.
"Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu.
"Perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk kita saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.
"Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta," katanya dalam cataran Facebooknya hari ini.
Masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam pada hari ini dengan membanjiri kuil-kuil utama di ibu negara dan beberapa bandar raya di seluruh negara.
Comments