top of page

Keluarga Mendiang Tadiap Sulinding Terima Sumbangan Takziah

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


19 Mei 2026


KOTA BELUD: Hadlee Panchai, Pemaju Mukim daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, mengadakan ziarah kebajikan ke Kampung Gensurai bagi menyampaikan sumbangan takziah kepada keluarga mendiang Tadiap Sulinding.


Kunjungan tersebut dibuat sebagai tanda simpati dan keprihatinan terhadap keluarga yang sedang menghadapi saat duka atas pemergian orang tersayang.


Hadlee berkata sumbangan itu merupakan penghargaan dan sokongan daripada kepimpinan Kadamaian kepada penduduk yang ditimpa musibah.


Beliau menambah bahawa Datuk Ewon sentiasa mengamalkan pendekatan prihatin dan rapat dengan masyarakat tanpa mengira latar belakang, terutama dalam membantu keluarga yang memerlukan sokongan moral dan kebajikan.


Sumbangan takziah diserahkan kepada Letihim Ensik, anak mendiang, di kediaman keluarga di Kampung Gensurai, Kota Belud.


Keluarga itu turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh pihak UPPM dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page