Anwar umum pelantikan anggota Kabinet baharu
- nabalunews
- Dec 16, 2025
- 2 min read

16 Disember 2025
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.
“Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, serta pada platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.
Berikut senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri;
Menteri
Hannah Yeoh - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Mustafa Sakmud - Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Zulkifli Hasan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Johari Ghani - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Steven Sim - Menteri Usahawan dan Koperasi
Akmal Nasrullah Mohd Nasir - Menteri Ekonomi
Mohammed Taufiq Johari - Menteri Belia dan Sukan
Arthur Joseph Kurup - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Noraini Ahmad - Menteri Perladangan dan Komoditi
R Ramanan - Menteri Sumber Manusia
Timbalan Menteri
Liew Chin Tong - Timbalan Menteri Kewangan
Marhamah Rosli - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Mohamad Alamin - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Lo Su Fui - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Adam Adli Abd Halim - Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Chan Fong Hin - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lim Hui Ying - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lukanisman Awang Sauni - Timbalan Menteri Luar Negeri
Yuneswaran Ramaraj - Timbalan Menteri Perpaduan Negara
Mordi Bimol - Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Hanifah Hajar Taib - Timbalan Menteri Kesihatan
Chiew Choon Man - Timbalan Menteri Pelancongan
Mohd Shahar Abdullah - Timbalan Menteri Ekonomi
Syed Ibrahim Syed Noh - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Huang Tiong Sii - Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
Khairul Firdaus Akbar Khan - Timbalan Menteri Sumber Manusia















Comments