top of page

Anwar Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei

  • nabalunews
  • Jul 15, 2025
  • 1 min read

15 Julai 2025


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah salam takzim dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.


Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan agar Ke bawah Duli Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.


"Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah," katanya.


Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946, dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei yang ke-29 pada 5 Oktober 1967.


Hubungan Malaysia dan Brunei telah terjalin sejak Brunei mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 dan terus diperkukuh menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, pendidikan, dan pertahanan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page