APMM REKOD 32 TANGKAPAN PELBAGAI KESALAHAN DI TAWAUAPMM REKOD 32 TANGKAPAN PELBAGAI KESALAHAN DI TAWAU
top of page
  • nabalunews

APMM REKOD 32 TANGKAPAN PELBAGAI KESALAHAN DI TAWAU


Gambar Hiasan

3 Feb 2021


TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 32 tangkapan atas pelbagai kesalahan daripada 4,910 pemeriksaan bot dan kapal, yang dilakukan di perairan Tawau di sini, sepanjang tahun lalu.


Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, daripada jumlah tangkapan itu sebanyak 13 kes membabitkan kesalahan melanggar Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS).


“Penyalahgunaan lesen bot merupakan kesalahan paling kerap dilakukan, antaranya bot yang dilesenkan bagi kegunaan perikanan atau membawa penumpang, tetapi digunakan untuk mengangkut kargo atau barangan ke pulau-pulau di kawasan berdekatan, malahan ada juga yang cuba menyeludup keluar barangan atau kargo tertentu ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, antara kesalahan lain termasuk membawa barangan melebihi muatan, sekali gus berisiko tinggi berlaku kemalangan seperti karam, serta mengancam keselamatan komuniti maritim.


Sementara itu, Siva Kumar berkata empat bot tempatan ditahan pada Isnin lepas jam 12.40 tengah hari, kerana kesalahan melanggar syarat sah lesen.


“Pemeriksaan mendapati bot penumpang itu masing-masing dikendalikan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia, yang mana kesalahannya bot itu digunakan bagi melakukan kegiatan mengangkut kargo,” katanya lagi dan menambah kesemua bot itu ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Sebatik.


Beliau berkata, APMM akan mempergiatkan tugas rondaan dan penguatkuasaan di perairan Tawau dan penduduk yang mempunyai maklumat jenayah atau aduan kecemasan, boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page