ARIFIN SAMBUT BAIK BELANJAWAN NEGARA 2021ARIFIN SAMBUT BAIK BELANJAWAN NEGARA 2021
top of page
  • nabalunews

ARIFIN SAMBUT BAIK BELANJAWAN NEGARA 2021



8 Nov 2020

KOTA KINBALU: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (gambar) menyambut baik pembentengan Belanjawan 2021 yang turut mempertabatkan syiar Islam.

Beliau berkata, dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk mengukuhkan institusi agama terutamanya melibatkan pendidikan.

“Alhamdulillah kita berterima kasih atas peruntukan yang diberikan ini dimana apabila unsur-unsur kerohanian diperkasa menerusi ilmu maka secara tidak langsung pembangunan Islam akan lebih mantap,” katanya ketika diminta mengulas Belanjawan 2021.

Arifin berkata, kenaikan elaun guru takmir dan bayaran khas one-off sebanyak RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta imam dan bilal merupakan satu penghargaan terhadap golongan itu yang memainkan peranan penting dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini, selain membantu meringkan bebanan mereka yang turut terkesan dengan penularan Covid-19.

"Guru takmir akan menerima kenaikan kadar elaun daripada RM800 kepada RM900 sebulan, manakala imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA turut menerima bayaran khas sekali bayar sebanyak RM500,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page