top of page
Wartawan Nabalu News

Armizan dan Ewon temui SLS dan peguam PH Sabah bincang isu Perjanjian Malaysia

14 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menemui Presiden Sabah Law Society (SLS) Roger Chin dan Peguam Pakatan Harapan (PH) Sabah Nelson W. Angang untuk membincangkan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Armizan dan Ewon adalah dua wakil dari Sabah masing-masing mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan.


Mereka menyatakan, tuntutan pelaksanaan MA63 adalah perkara penting yang sudah lama dinanti-nantikan rakyat Sabah.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan komitmen tinggi dalam memastikan hak-hak Sabah dapat dikembalikan,” katanya.


Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincang dan menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Aramizan dan Ewon yakin penubuhan majlis tindakan itu akan memudahkan lagi segala urusan perbincangan secara terperinci untuk mendapatkan kembali hak-hak Sabah dan Sarawak.


Turut serta dalam perbincangan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang dan Dr.David Fung ahli SLS.

Comments


bottom of page