top of page

AS ucap tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-68

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

1 September 2025


KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan tahniah kepada Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 negara.


Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS dan Malaysia mempunyai hubungan kerjasama yang kukuh dan berpanjangan sejak beberapa dekad lalu, berteraskan nilai keamanan, keselamatan dan kemakmuran bersama.


Katanya, kerjasama itu dapat dilihat menerusi usaha bersama baru-baru ini dalam memastikan gencatan senjata berkekalan antara Thailand dan Kemboja.

ree

"Bagi pihak Amerika Syarikat, saya menyampaikan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68 pada 31 Ogos.


"Dengan ucapan tahniah dari AS ketika anda meraikan pencapaian ini, saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia melalui tahun mendatang dengan penuh kemakmuran," katanya dalam perutusan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, hari ini.


Dalam pada itu, Rubio turut menyatakan keyakinan hubungan dua hala Malaysia-AS akan terus diperkukuh.


Pada Julai lalu, Rubio mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sempena mesyuarat ASEAN, selain mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan pengukuhan kerjasama Indo-Pasifik serta kerjasama ekonomi.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page