top of page

Asri Hamidin dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga baharu

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

19 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu bagi tempoh satu tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan itu dibuat selaras dengan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610].


Ia selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri yang dipertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas.


Asri, 59, merupakan graduan Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun, serta pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.


Beliau memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.


Dalam kenyataan sama, PETRA turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas khidmat bakti beliau sepanjang berperanan sebagai Pengerusi ST.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page