top of page

Azalina gesa kerajaan wujudkan mahkamah sesyen khas jenayah seksual kanak-kanak

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 29, 2021
  • 1 min read

ree

29 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said menggesa kerajaan segera mewujudkan Mahkamah Sesyen Khas bagi kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak di setiap negeri.


Beliau berkata, sebelum ini perkara tersebut pernah dicadangkan ketika beliau menjadi menteri namun, masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.


Menurut Azalina, dengan adanya mahkamah khas tersebut privasi golongan bawah umur dijaga semasa proses perbicaraan berlangsung.


“Anak-anak pergi ke jenayah seksual, bila dia pergi ke mahkamah jenayah biasa, mereka keluar masuk mahkamah dan dah besar panjang, siapa yang hendak menjadi saksi? Mereka rasa malu.


“Sebab itu kita minta adakan mahkamah khas, bilik saksi khas dan ada pendekatan khas. Ini anak-anak yang menjadi mangsa.


“Ini dengan Covid-19, berapa ramai anak-anak jadi mangsa dera di rumah? Berapa kes anak-anak jadi mangsa jenayah? Nak dibawa ke mana?,” soalnya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.


Sehubungan itu, Azalina turut mempersoalkan usaha menteri yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu tersebut.


“Kalau setakat nak jadi menteri tapi ini pun tak boleh selesai, tak payahlah jadi menteri.


“Saya nak tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tak tahulah siapa menteri yang bertanggungjawab. Ni pun tak ada (dalam dewan). Ini masalah besar,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ketika mencelah perbahasan itu, menyokong pendirian Azalina serta berharap agar Kementerian Pendidikan turut mengambil tindakan bagi mengelak dan mengekang gangguan seksual melibatkan kanak-kanak di sekolah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page