Azalina sambut baik cadangan badan bebas untuk hak kanak-kanak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Azalina sambut baik cadangan badan bebas untuk hak kanak-kanak


2 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan rasa gembira dengan cadangan daripada penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil untuk menubuhkan sebuah badan bebas yang akan memastikan perlindungan dan pemerkasaan hak kanak-kanak di Malaysia.


Beliau berkata, cadangan itu menunjukkan sokongan masyarakat sivil terhadap usaha kerajaan dalam bidang perundangan.


"Menjaga perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat Malaysia. Meraikan 66 tahun kemerdekaan negara, kita mesti mewujudkan integriti nasional kita dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak," katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.


Azalina juga berkata bahawa kerajaan MADANI komited untuk menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas, seperti Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC).


"Usaha ini juga menyumbang ke arah melindungi masa depan dengan memastikan keselamatan kanak-kanak," katanya.


Beliau berharap Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang telah dirangka selepas pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan utama, sesi pertukaran ilmu dan kajian mendalam, dapat dibentang di Parlimen pada Oktober ini.


"Saya mengharapkan hasil yang positif dan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam memastikan penubuhan OCC Bebas yang akan berfungsi untuk menegakkan hak semua kanak-kanak di Malaysia," katanya.


Antara cadangan yang diketengahkan oleh 12 penyokong hak kanak-kanak dan pertubuhan masyarakat sivil ialah Suruhanjaya Kanak-Kanak mesti bebas, meliputi semua bidang isu kritikal berkaitan kanak-kanak, menambah baik penyampaian dan perlindungan perkhidmatan kesihatan asas⁶[6].



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page