• Wartawan Nabalu News

Bajet 2022: Tempoh pengurangan caruman minimum KWSP dilanjut sehingga Jun 2022



29 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.


“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat PKP yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.


“Untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.


Tengku Zafrul berkata, bagi mengurangkan kos pemilikan kenderaan pula, kerajaan juga akan melanjutkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.