• Wartawan Nabalu News

BANJIR KILAT: BEBERAPA KAWASAN DI LIKAS DINAIKI AIR


Banjir di depan Gereja SDA Likas, Jalan Tuaran

18 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


LIKAS: Hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di kawasan Likas dilanda banjir kilat.


Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Tuaran, Jalan Teluk Likas, Jalan Tun Fuad Stephen.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan itu dan meminta Dewan Bandaraya Kota kinabalu (DBKK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat punca dan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan longkang serta parit dilaksanakan mengikut jadual.


"Saya minta DBKK, JKR dan JPS siasat dan pastikan kerja-kerja penyenggaraan longkang dan parit dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.


"Lakukan naik taraf longkang atau parit jika longkang dan parit di kawasan Likas tidak lagi mampu menampung aliran air hujan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Tan juga meminta jabatan dan kementerian berkaitan lebih peka keadaan sistem saliran dan perparitan di Likas supaya tidak lagi berlaku banjir kilat di kawasan itu pada masa akan datang.