top of page
nabalunews

BANJIR SERING BERULANG, PENYELENGGARAAN SISTEM SALIRAN BANDAR DI SABAH TIDAK MENCAPAI OBJEKTIF


18 DIS 2020


KOTA KINABALU: Penyelenggaraan sistem saliran bandar di Sabah, tidak mencapai objektif sepenuhnya apabila kejadian banjir sering berulang, menurut Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan, bagi tahun 2018 Siri 3.

Laporan itu menyebut, mendapan dan timbunan sampah dalam saliran yang tidak dibersihkan, menyebabkan berlakunya risiko banjir.

“Keadaan ini disebabkan pengurangan peruntukan yang diluluskan berbanding permohonan, menyebabkan kekerapan kerja penyenggaraan yang dilaksanakan dikurangkan daripada yang sepatutnya,” menurut Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini. Selain itu, kelewatan mendapatkan kontraktor baharu selepas penamatan kontrak, menyebabkan saliran tidak diselenggara secara berjadual dan memberi kesan terhadap pencapaian hasil penyelenggaraan sistem saliran bandar.

Menurut laporan itu juga amalan tadbir urus SEDCO Travel & Tours Sdn Bhd (STTSB), juga kurang memuaskan apabila pengurusan aktiviti dari aspek pencapaian hasil tidak tercapai, kerana sasaran pendapatan, keuntungan dan petunjuk prestasi utama (KPI) lebih rendah, berbanding sasaran yang ditetapkan.

“Kedudukan kewangan STTSB adalah kurang stabil kerana mengalami kerugian sebelum cukai bagi tiga tahun berturut-turut (2016, 2017 dan 2018), masing-masing berjumlah RM1.17 juta, RM112,258 dan RM137,075,” menurut laporan itu. - Bernama

Yorumlar


bottom of page