BANK RAKYAT CHINA KELUARKAN SYILING PERINGATAN SUKAN OLIMPIK MUSIM SEJUK KE-24
- nabalunews
- Nov 23, 2020
- 1 min read

22 NOV 2020
BEIJING: Bank Rakyat China bakal mengeluarkan duit syiling peringatan emas dan perak (kumpulan pertama) sempena memperingati Sukan Olimpik Musim Sejuk Ke-24 pada awal Disember nanti.
Menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, antara jenis syiling yang akan dikeluarkan itu termasuk Syiling Peringatan Emas, Syiling Peringatan Perak dan Syiling Peringatan yang diperbuat daripada dua jenis logam mengandungi 30 gram emas dan 12 gram perak.
Syiling Peringatan Emas seberat 150 gram setiap keping itu akan dikeluarkan sebanyak 1,000 dan dua jenis lagi seberat lima gram setiap keping masing-masing akan dihasilkan sebanyak 40,000.
Syiling Peringatan Perak pula seberat 150 gram akan dihasilkan berjumlah 20,000 dan empat jenis lagi seberat 15 gram masing-masing sebanyak 80,000. - Bernama
Comments