top of page

Bantuan Yuran Pendaftaran Permudah Laluan Pelajar ke Politeknik

  • nabalunews
  • Jul 11, 2025
  • 1 min read

11 Julai 2025


KOTA BELUD : Sebuah keluarga dari Kampung Tambulion Laut, Jalan Kem Paradise, Kota Belud menerima sumbangan yuran pendaftaran bagi kemasukan ke Politeknik Kota Kinabalu bagi sesi pengajian tahun 2025, sebagai usaha meringankan beban kewangan menjelang permulaan pengajian anak mereka.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Staf Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Hadlee Panchai, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat ADUN Kadamaian hari ini.


Wakil penerima, Marlin Unggit, menerima bantuan berkenaan bagi pihak anaknya, Fabrancher Fabian, yang telah ditawarkan mengikuti pengajian sepenuh masa selama enam semester dalam Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) di Politeknik Kota Kinabalu.


Menurut Hadlee, bantuan ‘touch point’ ini merupakan salah satu inisiatif Datuk Ewon Benedick bagi menyokong akses pendidikan dalam kalangan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page