top of page
Wartawan Nabalu News

BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DI SABAH MENCUKUPI: KPDNHEP



10 Jan 2021


Oleh Alice J


KOTA KINABALU: Barangan keperluan asas di Sabah mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit, tiada pembelian luar biasa dikesan semasa pemantauan di premis-premis perniagaan, kata Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas.


Oleh itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik kerana barangan keperluan asas adalah mencukupi.


Katanya, pemantauan dilaksanakan oleh pengawai penguatkuasa di setiap cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah di 192 premis pasar awam, 13 pasar raya serta 140 kedai runcit dan pasar mini di Sabah, kelmarin dan hari ini, .


"Pejabat KPDNHEP Sabah sentiasa memantau bekalan barangan keperluan asas termasuk barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu sehingga kini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.



Georgie berkata, seramai 200 pegawai penguatkuasa dan 90 pegawai pemantau harga di seluruh cawangan KPDNHEP Sabah terlibat dalam tugas pemantauan.


“KPDNHEP Sabah juga akan terus memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan melalui pemeriksaan harian yang dilaksanakan.


“KPDNHEP Sabah melantik 170 peruncit daerah terpilih dan 89 pemborong daerah terpilih di seluruh Sabah bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di Sabah.


“Kedudukan bekalan barang keperluan asas berdasarkan peruncit dan pemborong yang dilantik di setiap daerah akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas di daerah-daerah berkenaan,” katanya.


Comments


bottom of page