top of page

Barter trade akan dikaji, ambil kira aspek keselamatan & ekonomi

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 2 min read

5 Mei 2026


SANDAKAN: Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau 'barter trade' di antara negeri ini dan selatan Filipina.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai perkara itu, namun kajian terperinci perlu dibuat sebelum ia dilaksanakan.


Katanya, pelbagai aspek perlu diambil kira, khususnya berkaitan keselamatan dan kebaikan aktiviti itu kepada peniaga serta ekonomi di negeri ini.


"Kita akan kaji,banyak pihak memberikan cadangan mengenai perkara ini. Semua aspek kita akan ambil kira, khususnya keselamatan dan kebaikannya kepada ekonomi kita.


"Kita akan bincang perkara ini nanti dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke beberapa pulau yang menempatkan pos keselamatan negara di perairan Sandakan, di sini, pada Selasa.


Ia sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri Ke Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) yang turut disertai Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.


Turut serta ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk

Jafry Arifin, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan,

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Fairuz Renddan,

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri, Setiausaha Kerajaan Negeri

Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong,

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk

Mohd Razali Wahab,Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.


Hajiji bersama rombongan memulakan lawatan ke Pulau Bakungan Kecil, sebelum ke

Pulau Selingan dan Pulau Langkayan.


Mengulas lawatannya, Ketua Menteri berkata program itu bertujuan meninjau keadaan

di pulau terbabit yang menempatkan penguatkuasa Taman-Taman Sabah (TTS) dan pasukan keselamatan, sama ada polis atau tentera.


Katanya, lawatan itu juga membolehkan beliau bersama rombongan melihat sendiri

keadaan pos keselamatan yang ditempatkan di pulau-pulau sekitar perairan Sandakan.


"Hasil tinjauan ini, saya lihat semua kesiapsiagaan pasukan keselamatan, termasuk fasiliti di pos kawalan dalam keadaan baik semua, fasiliti juga sudah ditambah.


"Saya telah bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dan banyak aset diberi

peruntukan walaupun masih banyak lagi yang diperlukan.


"Ini amat penting untuk pasukan keselamatan mengawasi perairan kita, terutama aset

canggih yang boleh memantau mereka yang mungkin mahu masuk ke negara kita,"

katanya.


Ketua Menteri turut menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan aspek keselamatan

perairan pantai timur Sabah dalam membantu meningkatkan aktiviti ekonomi di

kawasan itu, khususnya pelancongan.


"Sudah lama tiada insiden dilapor berlaku di perairan kita, ini sudah tentu menggalakkan

pelancongan di pantai timur Sabah. Apabila keadaan aman dan keselamatan terjamin,

ramai pelancong suka datang sini dan pelancongan berkembang.


"Pulau Sipadan antaranya menjadi tumpuan sebagai destinasi selaman terbaik dunia,

jadi kita kena jaga keselamatan untuk memastikan tarikan pelancongan ini terus menjadi tumpuan pengunjung," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page