Handly Sekukut Pengerusi KRT Baharu Kampung Tambulion Ulu
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
5 Mei 2026
KOTA BELUD: Handly Sekukut dipilih sebagai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tambulion Ulu yang baharu dalam mesyuarat penyusunan jawatankuasa yang diadakan pada 3 Mei 2026, manakala Raisah Latip dinamakan sebagai Naib Pengerusi.
Lebih 100 penduduk kampung hadir dalam mesyuarat tersebut, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap proses kepimpinan KRT.
Turut hadir Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud, Mohd Nasir Adli Zainuddin, Ketua Kampung Tambulion Ulu, Daiman Basinau, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Boniface @ Doni Jiran, Pengerusi KRT sedia ada, James Jarit, barisan AJK, serta tiga calon Pengerusi KRT yang bertanding.

Dalam ucapannya, Mohd Nasir menekankan kepentingan perpaduan dan kerjasama komuniti serta peranan KRT sebagai penggerak utama keharmonian dan keselamatan kampung.
Handly dalam ucapan ringkasnya menyatakan komitmen untuk memikul amanah dengan penuh tanggungjawab, mengutamakan kebersamaan serta memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan penduduk Tambulion Ulu.
Mesyuarat berlangsung lancar dan menunjukkan semangat perpaduan serta komitmen penduduk dalam memperkukuh kepimpinan KRT.















Comments