top of page

Beberapa laluan utama ditutup sempena Hari Etnik Sabah 6.0

  • nabalunews
  • Apr 23
  • 1 min read

23 April 2026


KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama di sekitar ibu negeri akan ditutup bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sabtu ini.


Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, DSP Khazrul Shah Annuar Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan orang ramai sepanjang program berlangsung.


“Laluan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan termasuk Bulatan Kapital (Bandaran) hingga ke lampu isyarat JQ, selain jalan menuju ke Sabah International Convention Centre (SICC) serta Bulatan Istiadat.


“Penutupan jalan bagi raptai penuh akan dilaksanakan pada 24 April (Jumaat) bermula 2.30 petang, manakala pada 25 April (Sabtu) bermula seawal 4 petang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual radio bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Rabu.


Jelasnya, seramai empat pegawai kanan polis bersama kira-kira 30 anggota akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang sambutan Hari Etnik Sabah 6.0.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik sepanjang tempoh penutupan jalan.


“Orang ramai juga disaran menggunakan laluan alternatif yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mengelakkan parkir di bahu jalan utama kerana boleh menjejaskan aliran trafik.


“Kami berharap orang ramai dapat mematuhi arahan anggota polis dan petugas trafik di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang sambutan ini,” katanya.


Menurutnya, pihak polis komited memastikan orang ramai dapat menghadiri sambutan tersebut dalam keadaan selamat dan selesa tanpa gangguan trafik yang serius.

 
 
 

5 Comments


Sarah Williams
Sarah Williams
Jul 06

Thank you for sharing this important information with the community. Timely updates about road closures and traffic arrangements are incredibly helpful, especially during large cultural celebrations that bring many people person remover from picture together. I also appreciate how this article encourages everyone to plan their journeys in advance and follow the guidance of the authorities to help ensure a safe and enjoyable event for all.

Like

Rose Michel
Rose Michel
Jun 29

Thank you for sharing this important public information. Advance notices about road closures are extremely valuable because they help residents, commuters, businesses, and visitors plan their journeys more effectively and reduce unnecessary traffic congestion. Community events and cultural celebrations are wonderful opportunities to bring people together, and clear communication about traffic photo bg change arrangements ensures that everyone can enjoy the occasion safely and with minimal disruption. I appreciate the efforts of the organizers, local authorities, and traffic personnel who work behind the scenes to coordinate logistics and keep both participants and road users safe.

Like

Harry Potter
Harry Potter
May 12

However, it is also very important for authorities to ensure that the public is well-informed in advance about all affected routes, timing, and alternative deixar foto 4k roads. Proper traffic management and clear communication can help reduce congestion and inconvenience for daily commuters,

Like

Sarah Williams
Sarah Williams
May 12

This is an important public notice, especially for people living in or traveling through Kota Kinabalu during the event period. Events app para sacar marca de agua like Hari Etnik Sabah 6.0 are significant celebrations that highlight the cultural diversity and heritage of Sabah

Like

Kevin Huis
Kevin Huis
Apr 24

I like how easy it is now to subir calidad a una imagen using AI tools—it quickly enhances resolution and sharpness, making old or blurry photos look much clearer and more professional.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page