BEKAS MENTERI KERJA RAYA PUSAT ABDUL GHANI GILONG MENINGGAL DUNIABEKAS MENTERI KERJA RAYA PUSAT ABDUL GHANI GILONG MENINGGAL DUNIA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

BEKAS MENTERI KERJA RAYA PUSAT ABDUL GHANI GILONG MENINGGAL DUNIA


6 Mac 2021


KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kerja Raya dan Utiliti Tan Sri Abdul Ghani Gilong meninggal dunia pada usia 88 awal pagi hari ini.


Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi hantaran di media sosial.



“Dengan sedih diumumkan bahawa bapa/ kakie kita, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong, berumur 88 tahun telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.12 am di Queen 1, 6.3.2021.


“Kita doakan roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan gologan yang solih. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas allahyarham. Innalilahiwainailahi Rojiun. Al- Fatihah,” kata Masidi.


Ghani dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Sabah dan merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010, berikutan jasa beliau yang banyak membantu kepada penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Beliau yang pernah memegang jawatan Menteri Kerja Raya dan Utilii Persekutuan sekitar awal 70an telah memainkan peranan penting menjayakan pembangunan jalan raya yang menghubungkan bahagian barat dan timur Sabah.


bottom of page