Bekas menteri Sabah, Conrad Mojuntin, meninggal dunia pada usia 73Bekas menteri Sabah, Conrad Mojuntin, meninggal dunia pada usia 73
top of page
  • Farah Salim

Bekas menteri Sabah, Conrad Mojuntin, meninggal dunia pada usia 73


17 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Bekas menteri Kabinet Sabah Datuk Conrad Mojuntin, 73, meninggal dunia akibat strok pada Rabu (17 Nov).


Difahamkan Conrad yang sudah sekian lama menderita sakit jantung dan telah dimasukkan ke hospital swasta pada Ahad sebelum meninggal dunia pada 11.30 pagi.


Keluarga mendiang kini sedang menyediakan urusan pengebumian yang tarikhnya akan diumumkan kemudian.


Conrad Mojuntin menceburi politik selepas abangnya iaitu seorang ahli politik terkenal Datuk Peter Mojuntin meninggal dunia dalam nahas tragis yang mengorbankan enam menteri kerajaan Berjaya pada 6 Jun 1976, yang dikenali sebagai tragedi Double Six.


Sebagai menteri belia dan sukan dalam Kabinet Kerajaan Berjaya antara tahun 1982 hingga 1985, Conrad dipuji kerana memacu pembangunan sukan negeri ke tahap yang tinggi.


Selepas Kerajaan Berjaya tumbang pada tahun 1985, beliau cuba kembali ke dunia politik pada pilihan raya umum 2004 atas tiket DAP tetapi gagal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DAP) Moyog dan Parlimen Penampang.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page