Bekas pelajar SMK Narinang 1993-1997 anjur majlis Reunion 2.0
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bekas pelajar SMK Narinang 1993-1997 anjur majlis Reunion 2.0


24 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


INANAM: Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang bagi tahun 1993-1997 menganjurkan majlis reunion kali ke-2 di sini, baru-baru ini.


Majlis ini disertai oleh hampir 40 orang bekas pelajar serta guru yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin sejak dari dulu.


Pengerusi Penganjur Majlis Reunion Ex-Student 1997 Shim Simbeh berkata, beliau terharu dan berterima kasih atas sokongan semua bekas pelajar serta guru yang sanggup hadir biarpun ada yang datang dari luar Sabah seperti dari Sarawak dan Labuan untuk menghadiri majlis itu.


"Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, material serta sumbangan tenaga sepanjang Program berlangsung," katanya.


Shim turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, atas kehadiran Datuk Dr. Mistrine Radin mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah serta Bekas Pengetua Smk Narinang yang memenuhi jemputan daripada Alumni Ex-Student 1997.

Dalam pada itu Datuk Dr. Mistrine Radin berkata, merasa teruja dengan undangan dari bekas pelajar serta melihat hubungan yang terjalin erat.


Beliau turut menyarankan untuk mewujudkan satu persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk kumpulan ini, supaya akan lebih banyak aktiviti yang boleh dianjurkan, khususnya membantu pelajar-pelajar dan Pibg di Smk Narinang.


Pelbagai aktiviti turut diadakan dalam majlis tersebut, antaranya persembahan lagu dari kalangan bekas pelajar serta cabutan nama bertuah.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Adun Kadamaian Tuan Carlye Lajimin, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merangkap Adun Kadamaian.


Turut hadir Dr. Serirama Ebbie, bekas guru di Smk Narinang, Peter Soibun, bekas ketua pelajar.


Ketika berucap pada majlis itu, Carlye merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran majlis itu serta turut teruja dengan kehadiran mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah juga mantan Pengetua Smk Narinang


"Kesepakatan serta kesatuan yang sedia ada harus dikekalkan untuk kebaikan bersama dalam apa juga akitiviti atsu program yang akan dianjurkan oleh kumpulan ini nanti.


“Bagi pihak YB Datuk Ewon sekali lagi sangat berbesar hati atas kehadiran Mantan Pengarah dan Pengetua Smk Narinang. Mari bersama mengangkat martabat Smk Narinang ke satu tahap yang lebih tinggi," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page