top of page

Belanjawan 2025: Fokus teknologi untuk tingkatkan hasil pertanian - KPKM

  • nabalunews
  • Oct 10, 2024
  • 1 min read

10 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merancang untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian menerusi Belanjawan 2025 yang akan diterima kementerian itu.


Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa golongan petani, penternak, dan peladang dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil mereka.


Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak menjelaskan, teknologi memainkan peranan penting dalam memperbaharui kaedah pertanian yang digunakan.


“Ada yang telah menggunakan teknologi ini, dan kita ingin memperluaskannya.


"Kumpulan yang masih menggunakan kedah tradisional perlu dibantu dan diberikan latihan. Ia bagi membantu mereka mendapatkan hasil yang baik selain memperkenalkan teknologi dalam bidang pertanian," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.


Isham turut menekankan bahawa aplikasi teknologi terkini dapat mengembangkan penternakan pintar serta meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian yang boleh menyumbang kepada rantaian bekalan domestik dan eksport antarabangsa.


Pada Belanjawan 2024, KPKM telah menerima peruntukan sebanyak RM6.17 bilion.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page