top of page

Belanjawan 2025 Sasar Tingkat Taraf Hidup Rakyat, Majukan Pembangunan Negara - PM Anwar

  • nabalunews
  • Sep 27, 2024
  • 1 min read



27 September 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.


Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga sambil turut memberikan pandangan.


“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama,” kata beliau seperti dilaporkan Bernama.


Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja untuk menyiapkan belanjawan tersebut.


Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page