BELANJAWAN NEGERI 2021, KUKUH EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAHBELANJAWAN NEGERI 2021, KUKUH EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH
top of page
  • nabalunews

BELANJAWAN NEGERI 2021, KUKUH EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH



24 DIS 2020


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2021 jelas mempamerkan fokus Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan dan membina ketahanan ekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Tahun 2020, adalah tahun yang mencabar dan setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak September lalu, fokus utama yang menjadi perjuangan GRS adalah untuk memulihkan, mensejahterakan dan mengangkat semua suara dan permasalahan rakyat seluruh Sabah.


"Saya pertama kali berdiri di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini sebagai wakil rakyat bagi kawasan saya (DUN Pintasan) dan saya juga mempunyai harapan yang sangat besar untuk rakyat di kawasan saya dan di seluruh Sabah secara amnya kerana cabaran di tahun 2020 ini amat memberi kita pengajaran besar dan memupuk semangat kerjasama, habis-habisan untuk rakyat Sabah,"katanya.


Menurut Fairuz, segala pengumuman dan peruntukan agihan yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Hajiji Noor adalah amat bersesuaian kerana meliputi aspek-aspek seperti menangani pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi negeri yang terjejas secara langsung.


Fairuz yang juga merupakan Ketua ARMADA BERSATU Sabah memberitahu bahawa semua pemimpin komponen GRS nyata mempunyai kekuatan dan kemahiran masing-masing yang mampu dimanfaatkan demi membawa perubahan positif kepada pemulihan ekonomi rakyat.


"Ketua Menteri kita Datuk Seri Hajiji, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam dan semua Menteri-Menteri serta Ahli-Ahli yang berhormat masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang mana apabila semua ini bergabung bersama, sudah pasti kita dapat membawa perumahan positif kepada rakyat.


"Ini selaras dengan tema Belajawan Negeri Sabah 2021 iaitu 'Rakyat Sejahtera, Ekonomi Mampan' dan tentunya mampu perancangan kita untuk memperkenalkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya Pelan SMJ) 2021-2025 akan tercapai," ujar beliau.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page