BELIA 18 TAHUN KECEWA UNDI18 HANYA BOLEH DILAKSANAKAN TAHUN DEPAN BELIA 18 TAHUN KECEWA UNDI18 HANYA BOLEH DILAKSANAKAN TAHUN DEPAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

BELIA 18 TAHUN KECEWA UNDI18 HANYA BOLEH DILAKSANAKAN TAHUN DEPAN



26 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Golongan belia kecewa dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa Undi18 hanya boleh dilaksanakan pada September 2022.


Ketua Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progfesif Bersatu (UPKO) Maxolvin Sintore Gabu berkata, alasan yang diberikan juga tidak relevan dan kurang meyakinkan.



Ini kerana menurut beliau, untuk mendaftar secara automatik pengundi berumur 18 hingga 20 tahun, segala data yang diperlukan boleh didapati daripada sistem pendaftaran Malaysia melalui JPN.


“Pendaftaran ini tidak memerlukan kehadiran fizikal para belia untuk mendaftar sebagai pengundi sekaligus menidakkan alasan yang digunakan oleh SPR iaitu penundaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Maxolvine berkata, tempoh yang dicadangkan oleh SPR adalah terlalu lama iaitu hampir tiga tahun selepas pindaan dibuat di Parlimen.


“Persoalannya Sekarang, adakah ini akibat kekangan access kepada data atau ianya salah satu strategi politik Kerajaan Perikatan National untuk menidakkan hak golongan belia untuk mengundi pada PRU-15 yang dijangka berlaku pada tahun ini?



“Rang Undang-Undang (RUU) Undi18 telahpun diluluskan dan ia harus dilaksanakan secepat mungkin namun kenyataan SPR mengecewakan golongan belia di negara ini,” katanya.


Sementara itu Ketua GEM Upko Bahagian Sepanggar, Larry Steven berpendapat, jika UNDI18 dapat dikuatkuasakan tahun ini, ia akan menjadi satu bentuk inspirasi yang menyumbang kepada pemerkasaan sistem demokrasi negara.


“Bagi menjayakan matlamat itu, pihak kepimpinan kerajaan perlu menghentikan politik pentingkan diri dan hapuskan pandangan berat sebelah terhadap golongan muda.


“Hak pengundi 18 tahun tidak boleh dinafikan,” katanya.


Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan akhbar, menyatakan bahawa pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi18 dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 selepas menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Berdasarkan rekod terkini SPR, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas adalah seramai 5.6 juta orang. Daripada jumlah tersebut, mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun hanya seramai 1.2 juta orang.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page