Belia luar bandar perlu berani mulakan perniagaan sendiri: NorcyBelia luar bandar perlu berani mulakan perniagaan sendiri: Norcy
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Belia luar bandar perlu berani mulakan perniagaan sendiri: Norcy


Pengarah Urusan Norcy BeautyLab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin.

8 November 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Golongan belia khususnya di kawasan luar bandar perlu berani memulakan perniagaan sendiri, kata penerima Anugerah Usahawan Belia Negeri Sabah 2021, Norsiah Ahiddin,33.


Pengarah Urusan Norcy BeautyLab Sdn Bhd iaitu sebuah kilang Kosmetik terletak di Matunggong Kudat berkata, penglibatan belia dalam bidang perniagaan secara tidak langsung akan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri ini.


“Saya berharap dengan pengiktirafan dan kemenangan ini (Anugerah Usahawan Belia) dapat menyuntik semangat golongan belia untuk menceburi perniagaan.


“Semoga kemenangan Norcy menjadi inspirasi kepada belia-belia lain untuk menceburi perniagaan walaupun hanya secara kecil-kecilan,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Norsiah atau lebih dikenali sebagai Norcy berkata, beliau memulakan perniagaan Homemade Skincare dengan modal RM200 pada 2017, sebelum membuka kilang kosmetik sendiri.

Norsiah menerima Anugerah Belia daripada Hajiji.

Pemenang Geran Perniagaan Youth Entrepreneur Scheme Sabah (YESS) daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah itu mendirikan kilang kosmetik pada 2019 dengan visi menjadi pengilang kosmetik terbaik di Borneo.


Norcy yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Klinikal dari Universiti Kuala Lumpur turut memenangi pelbagai anugerah lain daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian pada tahun 2019.


Selain mengeluarkan produk jenama Prebiotic Skincare, beliau juga membantu beberapa usahawan tempatan mengeluarkan produk dengan jenama sendiri.


“Sekiranya ada individu diluar sana yang ingin mengeluarkan produk jenama sendiri, mereka perlu memahami proses penghasilan produk kosmetik.


“Di Norcy Beautylab, antara perkhidmatan yang kami ditawarkan ialah menghasilkan produk kecantikan, kelas kosmetik, ujian makmal, persijilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menjual bahan mentah dan membuat kosmetik, kelas pemasaran produk dan Design packaging.


“Perbezaan makmal ini dengan kilang OEM, ialah makmal kami adalah tempat menghasilkan Formula (R&D) sesuatu produk kosmetik,” katanya.


Mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan, Norcy berkata, beliau mengambil keputusan behenti kerja dan mula berkecimpung dalam perniagaan untuk mengubah kehidupan dan nasib keluarga.


“Sebelum ini ‘mindset’ keluarga saya tertumpu kepada kerja ‘makan gaji’ sahaja dapat menjamin masa depan tetapi saya mahu mengubah pemikiran mereka bahawa berniaga boleh mendatangkan kejayaan jika berada di landasan yang betul,” katanya.


Norcy berkata, beliau mempunyai matlamat untuk memajukan ekonomi di kawasan Matunggong serta menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih ramai belia kawasan itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page