top of page

Bengkel Vokal dan Penjurian Nyanyian Lagu Siri-1 pada 24 Ogos

Wartawan Nabalu News

29 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: MV Event & Entertainment Sdn. Bhd., dengan kerjasama Kelab Rekreasi Artis Sabah dan Persatuan Juri Nyanyian Lagu Kadamaian Kota Belud, akan menganjurkan Bengkel Vokal dan Penjurian Nyanyian Lagu Siri-1 di Mini Dewan Skyblue, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Kota Belud, pada 24 Ogos ini.


Bengkel bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 ini terbuka kepada orang ramai yang berminat, termasuk warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin menambah ilmu dalam bidang vokal dan penjurian.


Menerusi bengkel ini, peserta akan diajar teknik untuk memantapkan lagi penguasaan vokal dan pentas serta menambah pengetahuan dalam bidang kepengadilan nyanyian yang betul, sistematik, adil, telus, dan berkualiti.


Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman dalam kedua-dua bidang tersebut.


Antara topik yang akan dipelajari termasuk sejarah nyanyian, sistem anatomi vokal, pemanasan vokal, kriteria penjurian nyanyian dan sistem permarkahan penjurian nyanyian.


Bengkel ini amat sesuai untuk pengiat seni, guru muzik, peserta pertandingan nyanyian, juri nyanyian, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu dalam bidang ini.


Dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan, bengkel ini dijangka menarik minat ramai individu yang ingin mengasah bakat dan pengetahuan mereka dalam bidang nyanyian dan penjurian.


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai bengkel ini dan tingkatkan kemahiran anda dalam nyanyian dan penjurian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page