Beri perhatian kepada isu bersihkan daftar pemilih – Yong Teck Lee
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Beri perhatian kepada isu bersihkan daftar pemilih – Yong Teck Lee


10 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee memohon agar pemimpin kerajaan di peringkat Persekutuan dan Sabah memberi perhatian yang serius kepada usaha membersihkan daftar pemilih Sabah daripada pengundi haram atau meragukan.


Katanya, Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu telah pada 12 Disember 2022, memutuskan bahawa terdapat jalan alternatif untuk memastikan daftar pemilih bersih selain melalui proses mahkamah.


"Pada pertengahan November tahun lalu, saya dan tiga Adun lain telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara menjalankan audit forensik dan siasatan terhadap daftar pemilih 2022 yang akan digunakan untuk pilihan raya parlimen pada 26 November 2022," kata Yong dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau menambah, plaintif yang terdiri daripada Abidin Bin Madingkir (ADUN Paginatan), Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (ADUN Liawan) turut menyertai permohonan tersebut.


"Kami amat prihatin bahawa daftar pemilih mestilah bersih dan hanya mengandungi pengundi yang sah. Sebagai mangsa daftar pemilih yang meragukan pada masa lalu, kami ingin memastikan proses membersihkan daftar pemilih dapat dilaksanakan secepat mungkin," ujarnya.


Yong turut menyatakan bahawa peguam mereka tidak akan merayu perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk semakan kehakiman.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada saksi, pasukan undang-undang dan orang ramai yang telah memberi sokongan kepada tindakan kami demi kepentingan Sabah.”

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page