BernamaTV padam video himpunan orang sambut Muhyiddin selepas dikecam netizenBernamaTV padam video himpunan orang sambut Muhyiddin selepas dikecam netizen
top of page
  • Nur Syafiqah Abdullah

BernamaTV padam video himpunan orang sambut Muhyiddin selepas dikecam netizen


Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Pengguna Twitter

5 Ogos 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


KUALA LUMPUR: Agensi penerbitan Bernama dikatakan telah memadam sebuah video yang memperlihatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut orang ramai dalam satu perhimpunan di Johor selepas menerima kecaman hebat netizen.


Menerusi carian Nabalu News, ciapan video yang dimuat naik menerusi Twitter Bernama TV tidak lagi kelihatan di platform berkenaan.


Namun ada beberapa pengguna Twitter dilihat menaik semula video itu dalam versi tangkapan layar.


Difahamkan Muhyiddin mengadakan tinjauan proses pemberian suntikan vaksinasi Covid-19 di Pusat PEmberian Vaksin (PPV) Movak Felda Lenga di Johor.


Rata-rata netizen yang melihat video itu mengkritik dan mempersoalkan isu pelanggaran Proses Operasi Standard (SOP) kerana membenarkan sejumlah individu berkumpul di tapak itu.


Ada di antara mereka juga mempersoalkan kenapa orang ramai boleh berkumpul untuk menyambut kedatangan beliau sedangkan perhimpunan sebelum ini seperti protes #Lawan, Hartal Doktor dan pihak pembangkaang di Parlimen dikritik Kerajaan.

bottom of page