Berpuluh tahun lalui jalan berlumpur, penduduk Pitas rayu kerajaan ambil tindakanBerpuluh tahun lalui jalan berlumpur, penduduk Pitas rayu kerajaan ambil tindakan
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Berpuluh tahun lalui jalan berlumpur, penduduk Pitas rayu kerajaan ambil tindakan


5 Nov 2021

Oleh Ilona Andrew


PITAS: “Dari zaman nenek moyang lagi kami tidak pernah merasai jalan raya yang senang dilalui. Jika hujan turun, maka kami harus mengharungi jalan yang berlumpur,” itulah rintihan nadi seorang penduduk Kg Kituwo, Justin Enin.


Sejak lahir dan kini sudah mempunyai empat cahaya mata, beliau berkata jalan yang sentiasa dilalui penduduk Kg Kituwo dan Kg Dingai itu tidak pernah dibaiki sepenuhnya.


“Sudah berkali-kali membuat permohonan untuk membuat taburan batu, tetapi hanya ‘grading’ sahaja yang dilakukan (jalan diratakan).


“Baru-baru ini, ada taburan batu dibuat namun hanya di bahagian simpang sahaja,” kata ahli jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) itu ketika dihubungi Nabalu News.

Menurut Justin, sudah beberapa kali kemalangan kenderaan berlaku di jalan yang sukar dilalui itu, lebih-lebih lagi semasa musim hujan.


“Sangat payah dilalui jalan ini ketika musim hujan. Selipar pun putus, terpaksa berkaki ayam bagi murid yang perlu ke sekolah di SK Rosob dan SMK Pinggan-Pinggan.


“Saya mohon pihak berwajib mengambil perhatian terhadap jalan ini kerana ia merupakan kegunaan harian penduduk di sini untuk mendapatkan bekal makanan ke Pitas atau Kota Marudu,” ujarnya.


Justin juga mendedahkan bahawa penduduk terpaksa meletakkan kenderaan di simpang utama sebelum menuju ke kampung dan berjalan kaki untuk ke rumah masing-masing.

“Kami terpaksa jalan kaki mengangkat barang-barang dari kereta ke rumah,” jelasnya.


Oleh kerana sukar melalui jalan ini untuk keluar bekerja, beliau berkata beliau sanggup mencari kerja di Singapura dan bekerja sebagai seorang pembersih tandas untuk menanggung hidup keluarganya.


Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung di situ, Sutin M Olew menzahirkan harapan agar jalan raya penghubung kedua-dua kampung itu boleh dinaiktaraf untuk memberi keselesaan kepada penduduk untuk keluar mencari rezeki.

“Setahun yang lalu semasa kerja penyelenggaraan masih di bawah jagaan Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd, pernah disuarakan untuk memohon penaburan batu. Tetapi bila sampai masa mesin masuk, hanya ‘grading’ sahaja yang dibuat.


“Bila ditanya, mereka hanya menjawab bahawa tanggungjawab mereka hanya untuk menyelenggara sahaja.


“(Pembaikan) jalan ini sudah bertahun-tahun tidak selesai. Kalau setakat ‘grading’

bottom of page