BIDEN IKRAR SOKONG KEPENTINGAN IRELAND JIKA DIPILIH JADI PRESIDENBIDEN IKRAR SOKONG KEPENTINGAN IRELAND JIKA DIPILIH JADI PRESIDEN
top of page
  • nabalunews

BIDEN IKRAR SOKONG KEPENTINGAN IRELAND JIKA DIPILIH JADI PRESIDEN


19 OKTOBER 2020


LONDON: Joe Biden berikar menyokong Ireland dan Perjanjian Good Friday Ireland Utara andai dipilih menjadi presiden, katanya dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Agensi Anadolu melaporkan kenyataan itu memperlihatkan Biden "sering bercakap mengenai bagaimana berasal daripada keturunan Ireland telah membentuk kehidupannya."

Beliau yang menjadi calon presiden mewakili parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) mempunyai sejarah panjang menyokong rakyat Ireland dan perdamaian di Ireland Utara.


Biden dilaporkan akan menyokong penglibatan diplomatik AS untuk memajukan proses perdamaian Ireland Utara dan akan memastikan tiada perjanjian perdagangan AS-United Kingdom jika pelaksanaan Brexit boleh mengancam Perjanjian Good Friday. - BERNAMA

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page