- nabalunews
BIDEN, KETUA NATO BINCANG KESELAMATAN RENTAS ATLANTIK

27 JAN 2021
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa menegaskan komitmen AS untuk memperkukuh keselamatan rentas Atlantik. Biden berkata demikian ketika perbualan telefon dengan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, "Presiden mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung atas kepimpinan rakan sekutu yang teguh dan menyampaikan hasratnya untuk berunding dan bekerjasama dengan rakan sekutu mengenai pelbagai masalah keselamatan bersama, termasuk Afghanistan, Iraq dan Rusia," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Dalam perbualan telefon itu, Biden menegaskan kembali komitmen AS untuk pertahanan bersama di bawah Perkara 5 Perjanjian Atlantik Utara dan menggariskan komitmennya untuk memperkukuh keselamatan rentas atlantik. "Presiden juga menekankan pentingnya nilai bersama, perundingan dan kemampuan untuk memperkuat pencegahan dan menentang kemunculan ancaman baharu, termasuk perubahan iklim dan keselamatan kesihatan global," kata kenyataan itu. - Bernama