• nabalunews

Bila maruah tergadai


19 Okt 2021


Bila maruah terhakis tipis, tiada lagi tonggak peribadi,

untuk menjadi benteng asakan dugaan disekeliling diri.

Bila tamak haloba menggoda, umpan menunggu untuk diberi,

maka runtuhlah iman, jatidiri, hilang segala amalan yang dipelajari.

Kuasa membuat keputusan memang didalam tangan,

syaratnya perlu mesti mengikut asas, kriteria dan kukuhnya alasan

tetapi, malang… Wang Ringgit bermain di mata dan dalam fikiran,

dan seolah2 disembah, disanjung, lebih daripada Tuhan.

Maka bermula cengkaman jahanam korupsi, rasuah , dan salahguna kuasa,

Hingga imbohan yang korup, dan haram, terus diingini, dan ditageh sentiasa...

Apa peduli undang-undang, sumpah jawatan, peraturan-peraturan, walaupun dosa...

Amanah rakyat tidak lagi disanjung, didahulukan, dihormati.

Yang didahulukan dan diutamakan hanya diri, dan yang mengelilingi.

Lupa yang dunia hanya pinjaman, dan akhirnya semua akan mati.

Segala-galanya akan ditinggalkan, tiada apa yang boleh dibawa bersama pergi.

Akan tinggal segala wang dan harta, status, pangkat dan darjat.

Semuanya tidak dihitung, apabila roh menjelajah, lama, menuju akhirat.

Tidak dihitung, berapa banyak harta, dan berapa tingginya pangkat…

Ugama memberi panduan, apa yang dikira kelak, dari segi amalan, dan apa yang telah di buat...

Hidup didunia ini hanyalah sekejap, dan sementara.

Tiada yang akan menongkat langit , umur beratus2 tahun berjela,

Maka... Maruah dan nilai diri, jangan digadai, kerana rasuah maharajalela,

Semata-mata mengejar pangkat dan jawatan, serta tamak wang dan harta.

Bila kain putih sudah membalut diri dan jasad dikuburkan kedalam tanah..

Hanya cacing dan ulat-ulat, kulit, daging dan jasad kita dimamah…

Tiada lagi jawatan, pangkat dan apa jua semasa hidup, di anggap mewah...

Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Tuan, Puan, semua akhirnya, hanya dipanggil Arwah...

Maka, elakkan terpesong landasan, terjerumus kedalam jerat rasuah,

Supaya hidup berkat, tidur lelap, dan hati, perasaan, tidak keluh kesah..

Tanggungjawab di sempurnakan dan dipegang teguh setiap amanah,

maka akan tinggi nilai diri, dikenang sentiasa, sifat integriti dan bermaruah...


TAN SRI RAFIDAH AZIZ

BEKAS MENTERI PERSEKUTUAN