top of page
  • nabalunews

SABAH CATAT 112 KES BAHARU COVID HARI INI, 3 KEMATIAN



6 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyakk 112 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,234 kes dan tiga kematian direkodkan di Tawau, Tenom dan Putatan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 112 kes positif Covid-19, sebanyak 39 kes (34.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 11 kes (9.8%) saringan bergejala, 50 kes (44.7%) dari kluster baharu dan sedia ada serta 12 kes (10.7%) dari lain-lain kategori.


"Daerah Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 69 kes, diikuti oleh Kota Kinabalu (14), Lahad Datu (12) dan Kunak sebanyak enam kes.


"Manakala Keningau sebanyak tiga kes, Semporna dan Kinabatangan masing-masing dua kes. Tuaran, Sandakan, Putatan dan Kota Belud kesemuanya mencatatkan satu kes.


"Daerah yang mencatatkan sifar kes hari ini ialah Papar, Nabawan, Penampang, Tambunan, Kalabakan, Kudat, Tenom, Kota Marudu, Beaufort, Sipitang, Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 60 menjadikan jumlah kumulatif 54,244 orang.


Katanya, seramai 549 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 238 orang di hospital dan 311 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 36 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.