BILANGAN KES POSITIF BAHARU DI SABAH MENURUN KEPADA DUA ANGKA (82 KES) PADA HARI INIBILANGAN KES POSITIF BAHARU DI SABAH MENURUN KEPADA DUA ANGKA (82 KES) PADA HARI INI
top of page
  • nabalunews

BILANGAN KES POSITIF BAHARU DI SABAH MENURUN KEPADA DUA ANGKA (82 KES) PADA HARI INI




20 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 82 kes menurun sebanyak 40 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,992 kes dan satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes baharu hari ini berpunca dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak 48 kes dicatatkan, 13 kes saringan bergejala, 14 kes dari kluster sedia ada serta tujuh kes dari lain-lain kategori.

“Tawau terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 37 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 10 kes, Lahad Datu (lapan kes), Sandakan (enam kes), Kunak (lima kes), dan tiga daerah lain masing-masing mencatatkan tiga kes iaitu Penampang, Kuala Penyu dan Putatan.


“Manakala Semporna dan Ranau mencatatkan dua kes. Papar, Kudat dan Keningau masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Tuaran, Kota Belud, Kalabakan, Kinabatangan, Nabawan, Beluran, Beaufort, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 107 menjadikan jumlah kumulatif 55,361 orang.

Katanya, seramai 1,010 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 313 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 65 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 56 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page