Billy Joe persoal kenyataan Menteri Pendidikan mengenai peruntukan naik taraf sekolah daif di Sabah
top of page
  • Farah Salim

Billy Joe persoal kenyataan Menteri Pendidikan mengenai peruntukan naik taraf sekolah daif di Sabah


Billy Joe Dominic

25 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Penampang Billy Joe Dominic mempersoalkan kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengenai peruntukan menaik taraf bangunan sekolah-sekolah daif di Sabah.


Billy Joe berkata, dalam kenyataan menteri pendidikan berkenaan, antara sebab usaha menaik taraf bangunan sekolah daif, terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan.


“Menteri Pendidikan menyatakan kerajaan negeri belum menyerahkan tanah kepada kerajaan persekutuan antara sebab kenapa kerajaan persekutuan tidak dapat menaiktaraf sekolah-sekolah daif di Sabah.


“Bagi saya ini penipuan dan rompakan yang terbesar terhadap rakyat Sabah. Kerajaan Persekutuan telah mengambil 95% minyak dan gas Sabah, dan apabila kita meminta mereka untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif, mereka meminta kerajaan memberikan geran tanah kepada mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Radzi mengenai, status tanah punca tapak sekolah daif sukar dibantu.


Billy Joe berkata, adalah tidak masuk akal kerajaan persekutuan mengambil tanah di Sabah hanya memajukan tanah itu mengunakan hasil yang diambil daripada minyak dan gas Sabah.


“Kerajaan negeri perlu membantah dan menghentikan tindakan ini kerana memang mejadi tanggungjawab kerajaan persekutuan membantu membangunkan sekolah-sekolah di negeri ini,” katanya.


Pada 17 Julai lepas, media melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) serius melaksanakan proses "pemutihan" atau memindah milik tanah sekolah daripada kerajaan negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi memudahkan perancangan masa depan infrastruktur sekolah terlibat.


Radzi dipetik sebagai berkata, antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan.


"Ada tanah sekolah di mana tapak sekolah kita ini masih belum dimiliki oleh JKPTG. Jadi, urusan pembinaan baharu bagi menggantikan bangunan yang daif tidak dapat dilaksanakan.


“Kami melakukannya dengan serius, berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya pemutihan ini dapat dilaksanakan dengan cepat," kata Radzi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page