BN Kekal Teraju Kinabatangan dan Lamag
- nabalunews
- Jan 25
- 1 min read

25 Januari 2026
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) terus menerajui kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas berjaya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada Sabtu.
BN yang menampilkan Mohd Naim Kurniawan Moktar dan Mohd Ismail Ayob bagi kedua-dua kerusi itu menang di kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Mohd Naim menang dengan majoriti 14,214 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Saddi Abdul Rahman yang
memperolehi 19,852 undi.
Manakala seorang lagi calon bebas Goldam Hamid (Bebas) hanya mendapat 946 undi.
Bagi kerusi DUN Lamag pula, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi setelah mendapat 7,269 undi mengalahkan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) yang memperolehi 1,588 undi.
PRK di kedua-dua kerusi itu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu selepas kekal menerajui Parlimen Kinabatangan selama enam penggal dan dua penggal di DUN Lamag.















Comments