top of page
  • Wartawan Nabalu News

BN Pusat sokong Kerajaan Perpaduan Sabah, pimpinan Hajiji


12 Februari 2023


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Malaysia mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajjji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu kenyataan berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.


“Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia telah dibentuk untuk menyelaras semua parti-parti yang mengasaskannya.


“Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan Sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Zambry berkata, Barisan Nasional Sabah dipertanggung-jawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekaligus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah.


Sehubungan itu katanya, Barisan Nasional Malaysia menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan Barisan Nasional Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

תגובות


bottom of page