BOM PERANG DUNIA KEDUA DITEMUKAN DI LABUANBOM PERANG DUNIA KEDUA DITEMUKAN DI LABUAN
top of page
  • nabalunews

BOM PERANG DUNIA KEDUA DITEMUKAN DI LABUAN



29 Jan 2021

LABUAN: Sebutir bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di kawasan perkampungan di Simpang 11, Kg Jawa di sini dan berjaya diletupkan hari ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata bom seberat 35 kilogram itu dijumpai tertanam kira-kira dua meter di bawah tanah oleh seorang pekerja berusia 50 tahun yang melakukan kerja menggali tanah di kawasan itu pada pukul 11 pagi semalam.


"Setelah diperiksa dengan teliti, pasukan pemusnah bom kami mengesahkan bahawa objek itu adalah bahan letupan jenis UXO," katanya kepada Bernama di sini.


Mohd Ibrahim berkata alat logam ketenteraan sepanjang dua kaki itu diletupkan pada 12.30 tengah hari di tempat yang lebih selamat di luar bandar. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page