Bomba hadapi rintangan, dua hari keluarkan mayat dari hutan Beluran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bomba hadapi rintangan, dua hari keluarkan mayat dari hutan Beluran


25 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


BELURAN: Pasukan bomba menghadapi pelbagai rintangan untuk mengeluarkan mayat seorang pendaki yang meninggal dunia di dalam hutan Borneo Timber Sungai Pinangah pada Jumaat lalu.


Mayat lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun itu berat lebih 100 kilogram dan terpaksa dibawa keluar menggunakan 'scoop stretcher' selepas dua hari berada di dalam hutan.


Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mendaki dan mengkaji hutan sebelum mengalami sakit badan yang teruk.


"Pihak kami menerima panggilan pada jam 6.30 pagi Jumaat bahawa terdapat seorang mangsa sakit di dalam hutan dan memerlukan bantuan untuk dihantar ke hospital," katanya.


"Namun, pada jam 2.25 petang hari yang sama, kami dimaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia. Sebaik tiba di lokasi, kami dapati mangsa dalam keadaan terbaring di khemah dan tidak sedarkan diri," tambahnya.


Edoen berkata, operasi mengeluarkan mayat mangsa ditangguhkan akibat cuaca hujan yang menyebabkan laluan bukit yang curam menjadi licin selain keadaan yang gelap.


Tambah beliau, pasukan bomba memulakan operasi pada jam 6.21 petang Jumaat tetapi terpaksa berhenti kerana faktor keselamatan.


Operasi tersebut disambung semula pada jam 5 pagi Sabtu dengan dibantu oleh pasukan BBP Sook.


"Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dari hutan dan diserahkan kepada pihak polis sebelum disahkan telah meninggal dunia," katanya.


Edoen berkata, operasi itu juga menghadapi masalah komunikasi kerana tiada liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) dan talian telefon di kawasan berkenaan.


"Operasi ditamatkan pada jam 11.20 malam Sabtu tetapi maklumat hanya dapat disalurkan pada jam 12.30 tengah malam Ahad," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page